a)
Tanda pada sanad
hadith
i.
Pengakuan
perawi: Sekiranya terdapat pada sanad hadith perawi yang pernah membuat
pengakuan memalsukan hadith, maka hadith tersebut secara langsung dianggap Mawdu’.
ii.
Terdapat
unsur-unsur pengakuan pada perawi hadith: Antaranya adalah apabila perawi
meriwayatkan sebuah hadith daripada seorang syeikh yang tidak pernah ditemuinya
apatah lagi untuk menerima hadith daripadanya. Atau ia meriwayat daripada
syeikh dari negeri yang tidak pernah beliau kunjungi atau daripada syeikh yang
telah wafat sebelum kelahirannya atau ketika perawi tersebut masih kecil. Untuk
mengenal pasti kewujudan unsur ini atau sebaliknya, maka pengetahuan tentang
ilmu Rijal al-Hadith yang mencakupi Tarikh Ruwat dan ilmu al-Jarh
wa al-Ta’dil amat diperlukan.
iii.
Periwayatan
hadith secara sendirian oleh perawi yang dikenali sebagai pendusta. Sedangkan
tidak ada seorang pun perawi yang thiqah yang meriwayatkan hadith
tersebut.
b)
Tanda pada Matan
atau Nas hadith
i.
Sekiranya
terdapat lafaz yang sukar untuk difaham dan jarang digunakan atau bercanggah
dengan kaedah bahasa Arab: oleh sebab Rasulullah SAW seorang yang fasih
berbahasa arab, maka baginda tidak akan menggunakan bahasa yang sukar untuk
difaham atau jarang diguna.
ii.
Sekiranya
mengandungi makna yang bercanggah dengan al-Qur’an, ijma’ atau akal. Sebagai
contoh hadith yang bercanggah dengan nas al-Qur’an atau ijma’:
مقدار الدنيا وأنها سبعة آلاف سنة
Maksudnya: “Usia dunia ialah tujuh ribu tahun”.
Begitu juga hadith yang memuji mereka yang bernama
Ahmad atau Muhammad bahkan mereka akan selamat daripada api neraka.
iii.
Setiap hadith yang mempertikaikan kewibawaan para
Sahabat juga dianggap Mawdu’. Apatah lagi hadith yang mencaci dan
mencela mana-mana Sahabat.
iv.
Setiap hadith yang bercanggah dengan fakta sejarah
juga dianggap Mawdu’.
v.
Setiap hadith yang menyokong mana-mana mazhab atau
puak dan diriwayatkan oleh seorang perawi yang taasub dan fanatik
seperti hadith mengenai kelebihan ahl al-Bayt yang diriwayatkan oleh
golongan Syi’ah Rafidah.
vi.
Hadith yang menceritakan sesuatu peristiwa yang besar
tetapi hanya diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja, seperti hadith yang
kononnya umat Islam pernah ditahan oleh musuh daripada memasuki Baitullah.
vii.
Setiap hadith yang mengandungi unsur-unsur persendaan
dan melampaui batas mengenai dosa dan pahala.
Mohd. Muhiden Abd. Rahman, “’Ulum al-Hadith”,
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010), 188-191.
0 comments:
Post a Comment