CONTOH HADITH PALSU:
SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU[1]
الْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ الْأُمَّهَاتِ
“Syurga itu di bawah tapak kaki para ibu”
Ibn
Taimiyah berkata: Tiada bukti bahawa lafaz hadith ini daripada Rasulullah
s.a.w, tetapi maknanya menunjukkan sifat hormat dan rendah diri kepada para ibu
yang menjadi sebab untuk masuk syurga. Malah az-Zahabi menyebut hadith ini di dalam
Mizan al-I’tidal daripada Ibn
‘Abbas secara marfu’ iaitu susur galurnya sampai kepada Rasulullah s.a.w.
tetapi dalam sanadnya terdapat Musa bin Muhammad bin ‘Ata’. Terdapat pelbagai
pandangan terhadap sanad ini.
- Menurut Abu Zur‘ah dan Abu Hatim mengatakan bahawa “Musa bin Muhammad bin ‘Ata’ adalah pendusta”.
- an-Nasa’I berkata: “Dia tidak Thiqah”
- al-Daruqutni: Hadith ini Matruk (ditinggalkan hadithnya).
Ini
adalah hasil nukilan Ibn Taimiyah dalam buku al-Ahadith al-Maudhua’ah.
Terdapat hadith sahih yang berbeza lafaznya tetapi menceritakan isi kandungan
yang sama dengan hadith palsu ini:
Mu‘awiyah
bin Jahimah telah menceritakan bahawa dia datang menemui Nabi Muhammad s.a.w
lalu berkata: “Sesungguhnya aku ingin menyertai peperangan jihad, dan aku datang
untuk meminta pendapat kamu.” Lalu Nabi Muhammad s.a.w bertanya: “Adakah kamu
masih mempunyai ibu?” Dia menjawab: “Ya”. Rasulullah s.a.w bersabda:
أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْفَقِيهُ، بِالرِّيِّ،
ثنا مُحَمَّدُ بْنُ الْفَرَجِ الْأَزْرَقُ، ثنا حَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ:
قَالَ ابْنُ جُرَيْجٍ: أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ جَاهِمَةَ، أَنَّ
جَاهِمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ: إِنِّي أَرَدْتُ أَنْ أَغْزُوَ فَجِئْتُ أَسْتَشِيرُكَ. قَالَ: «أَلَكَ
وَالِدَةٌ؟» قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: «اذْهَبْ
فَالْزَمْهَا، فَإِنَّ الْجَنَّةَ عِنْدَ رِجْلَيْهَا»[2]
Terjemahannya: “…Pergilah dan
berbaktilah kepada ibu kamu, kerana sesungguhnya syurga berada di bawah kedua
kakinya”
((Takhrij: Abu ‘Abdullah al-Hakim
Muhammad bin ‘Abdullah bin Muhammad, al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain,
(Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah) Kitab الجهاد, bab وأما حديث عبد الله بن يزيد الأنصاري, 2:114))
Menurut al-Hakim hadith ini sahih.
Taat
dan berbakti kepada kedua ibubapa adalah salah satu ajaran agama Islam yang
sangatlah dituntut. Ketaatan ini lebih ditekankan terutamanya terhadap ibu.
Dalil selain ini ialah seperti berikut:
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ
بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا
Maksudnya: “Dan Kami mewajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibubapanya”
(surah al-Ankabut, 29: 8)
حَدَّثَنَا
قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ القَعْقَاعِ
بْنِ شُبْرُمَةَ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ
صَحَابَتِي؟ قَالَ: «أُمُّكَ» قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: «ثُمَّ أُمُّكَ» قَالَ:
ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: «ثُمَّ أُمُّكَ» قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: «ثُمَّ أَبُوكَ»[3]
Terjemahannya: Abu Hurairah berkata: “Datang seorang lelaki kepada
Rasulullah s.a.w lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah yang perlu aku
berikan bakti yang lebih?.” Rasulullah menjawab: “Ibu kamu”. Lelaki itu
bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasululllah menjawab: “Ibu kamu” Lelaki itu
bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab: “Ibu kamu” Lelaki itu
bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab: “Bapa Kamu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
((Takhrij: Muhammad ’Isma‘il Abu ‘Abdullah
al-Bukhari, Sahih Bukhari, (Dar Tuq al-Najat) Kitab الأدب, Bab من أحق الناس بحسن الصحبة, 8:2.))
Kesimpulannya, Dalil-dalil
menunjukkan kewajipan dalam mentaati dan berbakti kepada kedua ibubapa
terutamanya ibu kerana ibulah kita wujud di dunia yang fana ini. Maka, berbuat baik kepada ibu adalah salah satu perbuatan yang mulia sebagai penghargaan kepada ibu yang telah mengharungi saat-saat kematian ketika melahirkan kita serta membesarkan kita dengan peritnya. Dalil ini dijadikan sebagai peringatan kepada seluruh umat
Islam.
Tambahan rujukan, pembaca boleh rujuk kepada laman web ini bagi
mengenali secara mendalam tentang contoh-contoh hadith mawdu' yang lain.
Antara laman web yang boleh dirujuk ialah:
- Hafiz
Firdaus Abdullah, http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu20.htm
- laman web ini telah mendatangkan tentang 'Isu 20: Contoh Hadith Palsu
yang Tersebar', yang mana ianya dipetik di dalam buku yang bertajuk "20
Persoalan Asas Tantang Hadis" karya Adlan bin Abd
Aziz.
- Prof.
Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, http://drmaza.com/home/?p=2250
- http://akucintakanislam.blogspot.com/2011/09/himpunan-hadis-maudupalsu-dan.html
- Dr Abdul Basit: http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/08/solat-sunat-tasbih-sahih-atau-dhaif.html
- http://al-ahkam.net/home/
- Islamweb
(Versi English): http://www.islamweb.net/emainpage/
RUJUKAN
Abdul
Razak Muthalib. 40 Hadis Palsu Popular. (Selangor: PTS Islamika Sdn.
Bhd., 2011).
Ibn
Majah Abu ‘Abdullah Muhammad. Sunan Ibn Majah. (Dar ‘Ihya’ al-Kutub
al-‘Arabiyyah ).
Muslim
bin al-Hujjaj Abu Al-Hasan al-Quraisyi al-Naisaburi. Sahih Muslim.
(Beirut: Dar ’Ihya’ al-Turath al-‘Arabi).
Abu
‘Abdullah al-Hakim Muhammad bin ‘Abdullah bin Muhammad. al-Mustadrak ‘ala
al-Sahihain. (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah).
Muhammad
’Isma‘il Abu ‘Abdullah al-Bukhari. Sahih Bukhari. (Dar Tuq al-Najat).
[1] Abdul Razak Muthalib, 40 Hadis
Palsu Popular, (Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd. 2011) 126-129.
[2] Abu ‘Abdullah al-Hakim Muhammad bin
‘Abdullah bin Muhammad, al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain, (Beirut: Dar
al-Kutub al-‘Ilmiah) 2:114.
0 comments:
Post a Comment