CONTOH HADITH PALSU:
SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU[1]
الْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ الْأُمَّهَاتِ
“Syurga itu di bawah tapak kaki para ibu”
Ibn
Taimiyah berkata: Tiada bukti bahawa lafaz hadith ini daripada Rasulullah
s.a.w, tetapi maknanya menunjukkan sifat hormat dan rendah diri kepada para ibu
yang menjadi sebab untuk masuk syurga. Malah az-Zahabi menyebut hadith ini di dalam
Mizan al-I’tidal daripada Ibn
‘Abbas secara marfu’ iaitu susur galurnya sampai kepada Rasulullah s.a.w.
tetapi dalam sanadnya terdapat Musa bin Muhammad bin ‘Ata’. Terdapat pelbagai
pandangan terhadap sanad ini.
- Menurut Abu Zur‘ah dan Abu Hatim mengatakan bahawa “Musa bin Muhammad bin ‘Ata’ adalah pendusta”.
- an-Nasa’I berkata: “Dia tidak Thiqah”
- al-Daruqutni: Hadith ini Matruk (ditinggalkan hadithnya).