Pencegahan
dan pembasmian penyebaran hadith-hadith mawdhu’ dapat dilakukan dengan
cara-cara yang berikut mengikut keutamaannya:
1.
Menyebarkan kepada
orang ramai hadith-hadith yang sah dari Rasulullah S.A.W. berserta
terjemahannya kerana kebanyakan orang ramai buta dengan al-Hadith disebabkan buku-buku
yang berkenaan kebanyakannya dalam Bahasa Arab.
2.
Menyebarkan kepada
orang ramai risalah-risalah mengenai hadith mawdhu’ dan bahayanya kepada iman
dan Islam.
3.
Mengadakan majlis-majlis
penerangan dan khutbah-khutbah Jumaat yang khusus mengenai keburukan-keburukan
hadith mawdhu’ tersebut dari semasa ke semasa.
4.
Mengadakan kursus-kursus
kepada guru-guru agama, mubaligh, imam dan lain-lain petugas agama mengenai
seluk-beluk hadith dengan memberikan tekanan khusus kepada hadith-hadith mawdhu’
dan yang sebangsa dengannya.
5.
Mempastikan khutbah-khutbah
Jumaat yang dibacakan pada tiap-tiap Jumaat oleh para khatib/imam bebas dari
hadith mawdhu’.
6.
Mempastikan buku-buku
yang dijadikan buku teks di sekolah, pondok, masjid, surau dan sebagainya
bersih dari hadith mawdhu’ atau yang sebangsa dengannya.
7.
Membuat kajian
terhadap buku-buku lama dan baharu yang tersebar dalam masyarakat bagi
mempastikan bahawa buku-buku tersebut bebas dari hadith yang tidak sahih.
8.
Mengadakan seminar
mengenai ulum al-Hadith dengan menjemput tokoh-tokoh utama dari luar negeri.
9.
Mengharamkan buku-buku
yang mengandungi banyak hadith-hadith yang tidak sahih itu.
10. Memperluaskan dan meningkatkan pengajian ulum
al-Hadith di pondok-pondok, masjid dan sebagainya.
11. Mengenakan hukuman ta’zir yang keras terhadap
orang-orang yang menyebarkan baik secara lisan ataupun tulisan akan
hadith-hadith yang tidak sahih itu.
Drs Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris, “Himpunan
Hadis Dha’if dan Maudhu’” (Kuala Lumpur: al-Hidayah, 1996), 46-47.
0 comments:
Post a Comment