Tuesday, October 14, 2014

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU: MENUNTUT ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

    CONTOH HADITH PALSU:

      MENUNTUT ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA [1]

http://www.al-ahkam.net/home/membongkar-status-hadis-tuntutlah-ilmu-sekalipun-di-negeri-cina
اطْلُبُوا العِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنِ
Tuntutlah ilmu walau ke Negara China
            Hadith ini dikategorikan dalam senarai hadith palsu oleh kebanyakan tokoh Muhaddithin dalam karya mereka. Antaranya ialah:
  1. Al-Jarrahi dalam Kitab Kashf al-Khafa’
  2.  Ibn Arraq al-Kannani dalam Kitab Tnazih al-Syari’ah.
  3. Ali al-Qari dalam Kitab al-Maudhua’at al-Kabir
  4. Al-‘Ajluni dalam Kitab Kashf al-Khafa’

BAGAIMANA NAK MENGENALI HADITH MAUDHU'?

a)      Tanda pada sanad hadith

                                                                                      i.      Pengakuan perawi: Sekiranya terdapat pada sanad hadith perawi yang pernah membuat pengakuan memalsukan hadith, maka hadith tersebut secara langsung dianggap Mawdu’.

                                                                                    ii.      Terdapat unsur-unsur pengakuan pada perawi hadith: Antaranya adalah apabila perawi meriwayatkan sebuah hadith daripada seorang syeikh yang tidak pernah ditemuinya apatah lagi untuk menerima hadith daripadanya. Atau ia meriwayat daripada syeikh dari negeri yang tidak pernah beliau kunjungi atau daripada syeikh yang telah wafat sebelum kelahirannya atau ketika perawi tersebut masih kecil. Untuk mengenal pasti kewujudan unsur ini atau sebaliknya, maka pengetahuan tentang ilmu Rijal al-Hadith yang mencakupi Tarikh Ruwat dan ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil amat diperlukan.

PUNCA KEMUNCULAN HADITH MAUDHU`


Punca Kemunculan Hadith Maudhu’ :
Punca kemunculan hadith maudhu’ boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut :

  1. Memenangkan pegangan :
a.       Fanatik kepada individu yang lebih layak menjadi pemimpin iaitu dari sudut siyasah.
Disebabkan fanatik, ada golongan yang memalsukan hadith untuk pemimpin mereka. Perbuatan ini merangkumi semua kumpulan khususnya Syi’ah, Nasibah dan Sunnah yang jahil.
Contoh :
)أبو بكر يلي أمتي بعدي) (علي خير البشر من شك فيه فقد كفر) (الأمناء ثلاثة أنا وجبريل ومعاوية) (وصيي وموضع سري وخليفتي في أهلي وخير من أخلف بعدي علي) (ما في الجنة شجرة إلا مكتوب على كل ورقة منها لا إله إلا الله محمد رسول الله أبو بكر الصديق وعمر الفاروق وعثمان ذو النورين)