CONTOH HADITH PALSU:
MENUNTUT ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA [1]
“Tuntutlah ilmu walau ke Negara China”
Hadith
ini dikategorikan dalam senarai hadith palsu oleh kebanyakan tokoh Muhaddithin dalam
karya mereka. Antaranya ialah:
- Al-Jarrahi dalam Kitab Kashf al-Khafa’
- Ibn Arraq al-Kannani dalam Kitab Tnazih al-Syari’ah.
- Ali al-Qari dalam Kitab al-Maudhua’at al-Kabir
- Al-‘Ajluni dalam Kitab Kashf al-Khafa’
Ibn Taimiyaah menyatakan bahawa Hadith ini palsu kerana terdapat kecacatan pada sanadnya iaitu Abu Atikah Tharif bin Sulaiman kerana beliau seorang yang lemah dan tergolong sebagai seorang yang memalsukan hadith.
Ramai
orang menggunakan hadith ini sebagai galakan supaya bersungguh-sungguh dalam
menuntut ilmu. Malah mereka berhujah bahawa Rasulullah s.a.w menggalakkan kita
supaya menuntut ilmu sehingga ke Negara China. Malangnya hadith ini tidak
sahih, kerana Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (dikenali sebagai Syeikh Ibn Baz)
telah menyebut di dalam kitab al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba’dhi Ahadith
Maudu’ah wa Saqimah bahawa:
“Seandainya hadith ini sahih, maka ia tidak menunjukkan keutamaan Negara China dan penduduknya. Sekiranya hadith ini sahih, ia adalah sebagai galakan agar menuntut ilmu biarpun perlu menempuh perjalanan yang sangat jauh. Ilmu ini penting kerana ia membawa kebaikan di dunia dan akhirat bagi orang yang mengamalkannya. Justeru, makna hadith ini bukan khusus Negara China, tetapi jarak Negara China yang jauh dari Tanah Arab itu dijadikan sebagai perumpamaan.”
Soal menuntut ilmu ini adalah
tuntutan kepada setiap Muslim. Hal ini telah ditegaskan oleh Nabi Muhammad
s.a.w:
حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ قَالَ:
حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ: حَدَّثَنَا كَثِيرُ بْنُ شِنْظِيرٍ،
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى
كُلِّ مُسْلِمٍ، وَوَاضِعُ الْعِلْمِ عِنْدَ غَيْرِ أَهْلِهِ كَمُقَلِّدِ
الْخَنَازِيرِ الْجَوْهَرَ وَاللُّؤْلُؤَ وَالذَّهَبَ»[2]
Terjemahannya: “Menuntut ilmu itu wajib
ke atas setiap Muslim...”
((Takhrij: Ibn Majah Abu ‘Abdullah
Muhammad, Sunan Ibn Majah, فضل إبن عباس, bab فضل العلماء والحث على طلب العلم, (Dar ‘Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah )1:81))
Nabi
Muhammad s.a.w juga menggalakkan umatnya agar bersungguh-sungguh dalam
menuntut ilmu dengan menawarkan beberapa kelebihan yang khusus, antaranya:
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ
يَحْيَى التَّمِيمِيُّ، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَمُحَمَّدُ بْنُ
الْعَلَاءِ الْهَمْدَانِيُّ - وَاللَّفْظُ لِيَحْيَى، قَالَ يَحْيَى: أَخْبَرَنَا
وقَالَ الْآخَرَانِ: حَدَّثَنَا - أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ
أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ
كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ
الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ
اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ
اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ
الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ
عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ،
يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ
عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ
الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ
عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ»[3]
Terjemahannya: “...Sesiapa yang melalui
satu jalan bagi mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga...”
((Takhrij: Muslim bin al-Hujjaj Abu Al-Hasan al-Quraisyi
al-Naisaburi, Sahih Muslim, Kitab الذكر
والدعاء والتوبة والإستغفار, bab فضل الإجتماع على تلاوة القرآن وعلى الذكر, (Beirut: Dar ’Ihya’ al-Turath al-‘Arabi) 4: 2074))
Bahkan,
kedudukan penuntut ilmu di sisi Islam adalah mulia seperti yang di
nyatakan dalam ayat berikut:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟
إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا۟ فِى ٱلْمَجَـٰلِسِ فَٱفْسَحُوا۟ يَفْسَحِ
ٱللَّـهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُوا۟ فَٱنشُزُوا۟
يَرْفَعِ ٱللَّـهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ
دَرَجَـٰتٍ ۚ وَٱللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ
خَبِيرٌ ﴿١١﴾
Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada
kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah
seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan
apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat
orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu
pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah
Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.”
(surah al-Mujadalah, 58:11)
Terdapat banyak lagi dalil berkaitan dengan galakan dan kelebihan menuntut ilmu. Semuanya kearah galakan agar umat Islam menuntut ilmu. Maka, kenapa masih perlukan hadith palsu? Dengan kata lain, kita lihat kepada maksud tersirat iaitu galakan kepada umat Islam agar belajar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sehingga berjaya. Di umpamakan dengan Negara China adalah kerana jarak Negara Arab dengan China ketika itu amatlah jauh dengan menunggang unta atau berjalan. Betapa susahnya untuk ke sana, sama juga dengan menuntut ilmu ini bukannya perkara senang tetapi kita perlu hadapi kepayahan serta kesusahan dahulu untuk mencapai ilmu yang tinggi. belajarlah agar kita dapat menjaga kesahihan sesuatu hadith itu.
RUJUKAN
Abdul
Razak Muthalib. 40 Hadis Palsu Popular. (Selangor: PTS Islamika Sdn.
Bhd., 2011).
Ibn
Majah Abu ‘Abdullah Muhammad. Sunan Ibn Majah. (Dar ‘Ihya’ al-Kutub
al-‘Arabiyyah ).
Muslim
bin al-Hujjaj Abu Al-Hasan al-Quraisyi al-Naisaburi. Sahih Muslim.
(Beirut: Dar ’Ihya’ al-Turath al-‘Arabi).
Abu
‘Abdullah al-Hakim Muhammad bin ‘Abdullah bin Muhammad. al-Mustadrak ‘ala
al-Sahihain. (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah).
Muhammad
’Isma‘il Abu ‘Abdullah al-Bukhari. Sahih Bukhari. (Dar Tuq al-Najat).
0 comments:
Post a Comment