Wednesday, October 8, 2014

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN MENDUSTAKAN RASULULLAH S.A.W


Golongan pertama:

Para pereka hadis palsu. Mereka ialah orang yang bertanggungjawab mencipta sesuatu riwayat palsu sama ada berupa ucapan (qauli), perbuatan(fi’li) mahupun pengiktirafan atau persetujuan (taqriri) ke atas sesuatu perkara lalu menyandarkannya kepada Rasulullah s.a.w. Padahal hakikatnya baginda tidak terkait sedikit pun dengannya.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HADITH MAUDHU' DAN HUKUM MERIWAYATKANNYA?

Definisi Hadith Maudhu'

Hadith Maudhu` bermaksud hadith palsu atau yang didustakan kepada Rasulullah s.a.w. baik mengenai ucapannya, perbuatannya mahupun perakuannya. Hadith dikenal sebagai Maudhu` kerana pengakuan pembuatnya sendiri ataupun kerana orang yang berkenaan sangat terkenal dustanya dan ianya pembuat Hadith palsu. Terdapat juga kata-kata hikmah daripada para sahabat, tabiin atau ulama yang disalah anggap sebagai hadis. Kesemua ini dikatakan sebagai hadis maudhu’ atau hadis palsu.(1)