Tuesday, October 14, 2014

PUNCA KEMUNCULAN HADITH MAUDHU`


Punca Kemunculan Hadith Maudhu’ :
Punca kemunculan hadith maudhu’ boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut :

  1. Memenangkan pegangan :
a.       Fanatik kepada individu yang lebih layak menjadi pemimpin iaitu dari sudut siyasah.
Disebabkan fanatik, ada golongan yang memalsukan hadith untuk pemimpin mereka. Perbuatan ini merangkumi semua kumpulan khususnya Syi’ah, Nasibah dan Sunnah yang jahil.
Contoh :
)أبو بكر يلي أمتي بعدي) (علي خير البشر من شك فيه فقد كفر) (الأمناء ثلاثة أنا وجبريل ومعاوية) (وصيي وموضع سري وخليفتي في أهلي وخير من أخلف بعدي علي) (ما في الجنة شجرة إلا مكتوب على كل ورقة منها لا إله إلا الله محمد رسول الله أبو بكر الصديق وعمر الفاروق وعثمان ذو النورين)



b.      Fanatik kepada Aqidah.
Disebabkan kekurangan ilmu tentang hadith dan kekurangan dalil dalam menetapkan sesuatu pegangan dan kepercayaan, ada di kalangan kumpulan-kumpulan Aqidah yang telah memalsukan hadith untuk memenangkan diri mereka.
Contoh :
(القرآن غير مخلوق) (لا تقوم الساعة حتى يقولوا بآرائهم)
c.       Fanatik kepada Mazhab Fiqh.
Kepelbagaian dalam pendapat fiqh yang sepatutnya dapat ditoleransikan telah menimbulkan pergaduhan sengit dalam umat Islam. Ada di kalangan mereka yang tidak segan silu memalsukan hadith untuk mengangkat imam dan pendapat mereka.
Contoh :
(يكون في أمتي رجل يقال له أبو حنيفة هو سراج أمتي هو سراج أمتي) (من رفع يديه في الركوع فلا صلاة له) (إذا كان في الثوب قدر درهم من الدم غسل وأعيدت الصلاة) (يكون في أمتي رجل يقال له محمد بن إدريس أضر على أمتي من إبليس)
d.      Fanatik kepada bangsa, bahasa dan negara.
Dasar utama kepelbagaian bangsa dan bahasa adalah untuk saling kenal mengenali. Akan tetapi sesetengah manusia telah terseleweng lalu menyangka bangsa, bahasa dan negara mereka adalah yang termulia. Ada di kalangan mereka yang mereka cipta hadith untuk tujuan ini.
Contoh:
(إن كلام الذين حول العرش بالفارسية...) (أبغض الكلام إلى الله الفارسية ... وكلام أهل الجنة العربية) (أربع مدائن من مدن الجنة في الدنيا مكة والمدينة وبيت المقدس ودمشق)

  1. Musuh Islam :
a.       Golongan zindiq.
Zindiq ialah orang yang membuat tafsiran Islam yang terkeluar dari batas-batas erti sebenar dan menyalahi Aqidah Islam. Golongan ini banyak memalsukan hadith-hadith yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.
Contoh :
(أنا خاتم النبيين لا نبي بعدي إلا أن يشاء الله)  (قيل يا رسول الله مم ربنا؟ قال من ماء مرور لا من أرض ولا سماء خلق خيلا فأجراها فعرقت فخلق نفسه من ذلك العرق)

  1. Mengharap habuan dunia:
a.       Mendekatkan diri kepada pemerintah.
Apabila berada di hadapan pemerintah ada di kalangan individu yang memalsukan hadith untuk mendapat keredhaan pemerintah tersebut.
Contoh : (لا سبق إلا في نصل أو خف أو حافر أو جناح)
b.      Pencerita.
Di dalam menyampai sesuatu peringatan ada di kalangan individu yang membawa cerita-cerita pelik untuk menarik perhatian para pendengar lalu dengan itu mereka dapat habuan yang lebih.
Contoh : Kisah Nabi Ayyub a.s., antaranya ulat keluar dari badannya dan baunya dapat dicium dari jauh...
(من قال لا إله إلا الله خلق الله من كل كلمة طيرا منقاره من ذهب وريشه من مرجان...)
c.       Ingin masyhur.
Ada juga di kalangan penuntut hadith yang ingin dikenali lalu mereka cipta hadith yang gharib dari sudut sanad dan matannya supaya dikenali dengan lebihan ilmu.
d.      Melariskan barang dagangan, memuji atau mencela sesuatu pekerjaan.
Contoh : Hadith kelebihan tembikai, anggur, delima, terung…
(أطعمني جبريل الهريسة لأشد بها ظهري لقيام الليل) (معلمو صبيانكم شراركم أقلهم رحمة لليتيم وأغلظهم على المسكين)
e.       Kepentingan peribadi.
     Antara golongan yang sanggup mereka dan mencipta hadith palsu untuk kepentingan peribadi ialah golongan qassasun atau penglipur lara. Matlamat utama golongan ini ialah mengumpul dan menarik perhatian orang ramai seramai yang mungkin. 
Contoh :
(من قاد أعمى أربعين خطوة وجبت له الجنة )

  1. Tazkirah (targhib / memberi galakan dan tarhib / memberi ancaman) :
a.       Ada di kalangan orang-orang salih yang kurang ilmu merasa kurang senang melihat kebanyakan manusia bergelumang dengan maksiat. Untuk mengatasi masalah ini mereka mereka cipta hadith-hadith yang memberi galakan agar manusia kembali kepada Allah Ta’ala dan yang memberi ancaman agar manusia meninggalkan maksiat.
Contoh : Hadith fadhilat al-Quran surah demi surah yang direka oleh Nuh bin Abi Maryam; hadith fadhilat solat malam ‘Ashura dan siangnya, solat malam pertama bulan Rejab, solat malam Nisf Sha’ban..




Sumber : Perkongsian daripada http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/2013/06/perkongsian-tentan-hadith-palsu.html

0 comments:

Post a Comment