Tuesday, October 28, 2014

APA ITU HADITH MAWDU'?- DR BASIT ABDUL RAHMAN


CERAMAH PENDEK TENTANG HADITH PALSU OLEH MAULANA ASRI


Tuesday, October 21, 2014

CARA-CARA MEMBASMI PENYEBARAN HADITH MAWDHU


Pencegahan dan pembasmian penyebaran hadith-hadith mawdhu’ dapat dilakukan dengan cara-cara yang berikut mengikut keutamaannya:

1.      Menyebarkan kepada orang ramai hadith-hadith yang sah dari Rasulullah S.A.W. berserta terjemahannya kerana kebanyakan orang ramai buta dengan al-Hadith disebabkan buku-buku yang berkenaan kebanyakannya dalam Bahasa Arab.

KEWAJIPAN MENCEGAH DAN MEMBASMI PENYEBARAN HADITH-HADITH MAWDHU’



Para ulama dahulu telah menggunakan segala kemampuan yang ada pada mereka untuk mencegah dan membasmi pembuatan, penyebaran dan penggunaan hadith-hadith mawdhu’, akan tetapi bukanlah bererti bahawa pembuatan dan penyebaran hadith-hadith mawdhu’ itu dapat dibenteraskan sama sekali dalam masyarakat Islam.

DR. MAZA - KENALI HADITH PALSU MENERUSI MATAN

KENALI HADIS PALSU MENERUSI MATANProf Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan tentang kepalsuannya adalah merupakan satu dosa yang amat besar. Penipuan dan bersekongkol dengan penipuan adalah dosa menurut ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan itu menggunakan nama Allah dan RasulNYA. Kesannya besar dan bahaya. Mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak demikian. Jika isi pembohongan itu sesuatu yang jelas bercanggah dengan hakikat fakta, ataupun sesuatu yang ‘lekeh’ maka Tuhan ataupun RasulNya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.

Friday, October 17, 2014

KITAB-KITAB MENGENAI HADITH MAUDHU'

Antara Kitab-Kitab Yang Mengandungi Hadith Palsu

  • Aspek Hadith Maudhu’:
    1. Tadhkirah al-Mawdu’ah (تذكرة الموضوعات) oleh Abu al-Fadl Muhammad ibn Tahir al-Maqdisi (w 507H)

Wednesday, October 15, 2014

CONTOH HADITH PALSU: SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU

CONTOH HADITH PALSU:

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU[1]

الْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ الْأُمَّهَاتِ
­­­“Syurga itu di bawah tapak kaki para ibu”

            Ibn Taimiyah berkata: Tiada bukti bahawa lafaz hadith ini daripada Rasulullah s.a.w, tetapi maknanya menunjukkan sifat hormat dan rendah diri kepada para ibu yang menjadi sebab untuk masuk syurga. Malah az-Zahabi menyebut hadith ini di dalam Mizan al-I’tidal  daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’ iaitu susur galurnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. tetapi dalam sanadnya terdapat Musa bin Muhammad bin ‘Ata’. Terdapat pelbagai pandangan terhadap sanad ini.
  1. Menurut Abu Zur‘ah dan Abu Hatim mengatakan bahawa “Musa bin Muhammad bin ‘Ata’ adalah pendusta”.
  2.  an-Nasa’I berkata: “Dia tidak Thiqah
  3. al-Daruqutni: Hadith ini Matruk (ditinggalkan hadithnya).

SENARAI TOKOH YANG MENCIPTA HADITH PALSU

SENARAI TOKOH YANG MENCIPTA HADITH PALSU[1]

     Antara tokoh-tokoh terdahulu yang telah mencipta hadith palsu ialah:

BIL
NAMA
BIL
NAMA
1.
Wahab bin Wahab, Al-Qadhi, Abu al-Bakhtari al-Qurasyi
16.
Nuh bin Abi Maryam
(mencipta hadith palsu mengenai keutamaan al-Qur’an & surah-surah al-Qur’an)
2.
Muhammad bin as-Saaib al-Kalbi
17.
Abdul-Karim bin Abi al-Auja’ (mencipta hadith halal & haram)

Tuesday, October 14, 2014

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU: MENUNTUT ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

    CONTOH HADITH PALSU:

      MENUNTUT ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA [1]

http://www.al-ahkam.net/home/membongkar-status-hadis-tuntutlah-ilmu-sekalipun-di-negeri-cina
اطْلُبُوا العِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنِ
Tuntutlah ilmu walau ke Negara China
            Hadith ini dikategorikan dalam senarai hadith palsu oleh kebanyakan tokoh Muhaddithin dalam karya mereka. Antaranya ialah:
  1. Al-Jarrahi dalam Kitab Kashf al-Khafa’
  2.  Ibn Arraq al-Kannani dalam Kitab Tnazih al-Syari’ah.
  3. Ali al-Qari dalam Kitab al-Maudhua’at al-Kabir
  4. Al-‘Ajluni dalam Kitab Kashf al-Khafa’

BAGAIMANA NAK MENGENALI HADITH MAUDHU'?

a)      Tanda pada sanad hadith

                                                                                      i.      Pengakuan perawi: Sekiranya terdapat pada sanad hadith perawi yang pernah membuat pengakuan memalsukan hadith, maka hadith tersebut secara langsung dianggap Mawdu’.

                                                                                    ii.      Terdapat unsur-unsur pengakuan pada perawi hadith: Antaranya adalah apabila perawi meriwayatkan sebuah hadith daripada seorang syeikh yang tidak pernah ditemuinya apatah lagi untuk menerima hadith daripadanya. Atau ia meriwayat daripada syeikh dari negeri yang tidak pernah beliau kunjungi atau daripada syeikh yang telah wafat sebelum kelahirannya atau ketika perawi tersebut masih kecil. Untuk mengenal pasti kewujudan unsur ini atau sebaliknya, maka pengetahuan tentang ilmu Rijal al-Hadith yang mencakupi Tarikh Ruwat dan ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil amat diperlukan.

PUNCA KEMUNCULAN HADITH MAUDHU`


Punca Kemunculan Hadith Maudhu’ :
Punca kemunculan hadith maudhu’ boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut :

  1. Memenangkan pegangan :
a.       Fanatik kepada individu yang lebih layak menjadi pemimpin iaitu dari sudut siyasah.
Disebabkan fanatik, ada golongan yang memalsukan hadith untuk pemimpin mereka. Perbuatan ini merangkumi semua kumpulan khususnya Syi’ah, Nasibah dan Sunnah yang jahil.
Contoh :
)أبو بكر يلي أمتي بعدي) (علي خير البشر من شك فيه فقد كفر) (الأمناء ثلاثة أنا وجبريل ومعاوية) (وصيي وموضع سري وخليفتي في أهلي وخير من أخلف بعدي علي) (ما في الجنة شجرة إلا مكتوب على كل ورقة منها لا إله إلا الله محمد رسول الله أبو بكر الصديق وعمر الفاروق وعثمان ذو النورين)

Wednesday, October 8, 2014

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN MENDUSTAKAN RASULULLAH S.A.W


Golongan pertama:

Para pereka hadis palsu. Mereka ialah orang yang bertanggungjawab mencipta sesuatu riwayat palsu sama ada berupa ucapan (qauli), perbuatan(fi’li) mahupun pengiktirafan atau persetujuan (taqriri) ke atas sesuatu perkara lalu menyandarkannya kepada Rasulullah s.a.w. Padahal hakikatnya baginda tidak terkait sedikit pun dengannya.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HADITH MAUDHU' DAN HUKUM MERIWAYATKANNYA?

Definisi Hadith Maudhu'

Hadith Maudhu` bermaksud hadith palsu atau yang didustakan kepada Rasulullah s.a.w. baik mengenai ucapannya, perbuatannya mahupun perakuannya. Hadith dikenal sebagai Maudhu` kerana pengakuan pembuatnya sendiri ataupun kerana orang yang berkenaan sangat terkenal dustanya dan ianya pembuat Hadith palsu. Terdapat juga kata-kata hikmah daripada para sahabat, tabiin atau ulama yang disalah anggap sebagai hadis. Kesemua ini dikatakan sebagai hadis maudhu’ atau hadis palsu.(1)