Tuesday, October 28, 2014
APA ITU HADITH MAWDU'?- DR BASIT ABDUL RAHMAN
Posted on 09:33 by Unknown
| No comments
CERAMAH PENDEK TENTANG HADITH PALSU OLEH MAULANA ASRI
Posted on 09:27 by Unknown
| No comments
Tuesday, October 21, 2014
CARA-CARA MEMBASMI PENYEBARAN HADITH MAWDHU
Posted on 20:06 by Unknown
| No comments
Pencegahan
dan pembasmian penyebaran hadith-hadith mawdhu’ dapat dilakukan dengan
cara-cara yang berikut mengikut keutamaannya:
1.
Menyebarkan kepada
orang ramai hadith-hadith yang sah dari Rasulullah S.A.W. berserta
terjemahannya kerana kebanyakan orang ramai buta dengan al-Hadith disebabkan buku-buku
yang berkenaan kebanyakannya dalam Bahasa Arab.
KEWAJIPAN MENCEGAH DAN MEMBASMI PENYEBARAN HADITH-HADITH MAWDHU’
Posted on 19:29 by Unknown
| No comments
Para
ulama dahulu telah menggunakan segala kemampuan yang ada pada mereka untuk
mencegah dan membasmi pembuatan, penyebaran dan penggunaan hadith-hadith mawdhu’,
akan tetapi bukanlah bererti bahawa pembuatan dan penyebaran hadith-hadith
mawdhu’ itu dapat dibenteraskan sama sekali dalam masyarakat Islam.
DR. MAZA - KENALI HADITH PALSU MENERUSI MATAN
Posted on 06:01 by Unknown
| No comments
KENALI HADIS PALSU MENERUSI MATANProf Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan tentang kepalsuannya adalah merupakan satu dosa yang amat besar. Penipuan dan bersekongkol dengan penipuan adalah dosa menurut ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan itu menggunakan nama Allah dan RasulNYA. Kesannya besar dan bahaya. Mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak demikian. Jika isi pembohongan itu sesuatu yang jelas bercanggah dengan hakikat fakta, ataupun sesuatu yang ‘lekeh’ maka Tuhan ataupun RasulNya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.
Friday, October 17, 2014
Wednesday, October 15, 2014
CONTOH HADITH PALSU: SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU
Posted on 07:38 by Unknown
| No comments
CONTOH HADITH PALSU:
SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU[1]
الْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ الْأُمَّهَاتِ
“Syurga itu di bawah tapak kaki para ibu”
Ibn
Taimiyah berkata: Tiada bukti bahawa lafaz hadith ini daripada Rasulullah
s.a.w, tetapi maknanya menunjukkan sifat hormat dan rendah diri kepada para ibu
yang menjadi sebab untuk masuk syurga. Malah az-Zahabi menyebut hadith ini di dalam
Mizan al-I’tidal daripada Ibn
‘Abbas secara marfu’ iaitu susur galurnya sampai kepada Rasulullah s.a.w.
tetapi dalam sanadnya terdapat Musa bin Muhammad bin ‘Ata’. Terdapat pelbagai
pandangan terhadap sanad ini.
- Menurut Abu Zur‘ah dan Abu Hatim mengatakan bahawa “Musa bin Muhammad bin ‘Ata’ adalah pendusta”.
- an-Nasa’I berkata: “Dia tidak Thiqah”
- al-Daruqutni: Hadith ini Matruk (ditinggalkan hadithnya).
SENARAI TOKOH YANG MENCIPTA HADITH PALSU
Posted on 06:17 by Unknown
| No comments
SENARAI TOKOH YANG MENCIPTA HADITH PALSU[1]
Antara tokoh-tokoh terdahulu yang telah mencipta hadith palsu ialah:
BIL
|
NAMA
|
BIL
|
NAMA
|
1.
|
Wahab bin Wahab, Al-Qadhi, Abu al-Bakhtari al-Qurasyi
|
16.
|
Nuh bin Abi Maryam
(mencipta hadith palsu mengenai keutamaan al-Qur’an & surah-surah al-Qur’an)
|
2.
|
Muhammad bin as-Saaib al-Kalbi
|
17.
|
Abdul-Karim bin Abi al-Auja’ (mencipta hadith halal & haram) |
Tuesday, October 14, 2014
CONTOH-CONTOH HADITH PALSU: MENUNTUT ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA
Posted on 19:47 by Unknown
| No comments
CONTOH HADITH PALSU:
MENUNTUT ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA [1]
“Tuntutlah ilmu walau ke Negara China”
Hadith
ini dikategorikan dalam senarai hadith palsu oleh kebanyakan tokoh Muhaddithin dalam
karya mereka. Antaranya ialah:
- Al-Jarrahi dalam Kitab Kashf al-Khafa’
- Ibn Arraq al-Kannani dalam Kitab Tnazih al-Syari’ah.
- Ali al-Qari dalam Kitab al-Maudhua’at al-Kabir
- Al-‘Ajluni dalam Kitab Kashf al-Khafa’
BAGAIMANA NAK MENGENALI HADITH MAUDHU'?
Posted on 10:25 by Unknown
| No comments
a)
Tanda pada sanad
hadith
i.
Pengakuan
perawi: Sekiranya terdapat pada sanad hadith perawi yang pernah membuat
pengakuan memalsukan hadith, maka hadith tersebut secara langsung dianggap Mawdu’.
ii.
Terdapat
unsur-unsur pengakuan pada perawi hadith: Antaranya adalah apabila perawi
meriwayatkan sebuah hadith daripada seorang syeikh yang tidak pernah ditemuinya
apatah lagi untuk menerima hadith daripadanya. Atau ia meriwayat daripada
syeikh dari negeri yang tidak pernah beliau kunjungi atau daripada syeikh yang
telah wafat sebelum kelahirannya atau ketika perawi tersebut masih kecil. Untuk
mengenal pasti kewujudan unsur ini atau sebaliknya, maka pengetahuan tentang
ilmu Rijal al-Hadith yang mencakupi Tarikh Ruwat dan ilmu al-Jarh
wa al-Ta’dil amat diperlukan.
PUNCA KEMUNCULAN HADITH MAUDHU`
Posted on 08:20 by Unknown
| No comments
Punca Kemunculan Hadith Maudhu’ :
Punca kemunculan hadith maudhu’ boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut :
- Memenangkan pegangan :
a. Fanatik kepada individu yang lebih layak menjadi pemimpin iaitu dari sudut siyasah.
Disebabkan fanatik, ada golongan yang memalsukan hadith untuk pemimpin mereka. Perbuatan ini merangkumi semua kumpulan khususnya Syi’ah, Nasibah dan Sunnah yang jahil.
Contoh :
)أبو بكر يلي أمتي بعدي) (علي خير البشر من شك فيه فقد كفر) (الأمناء ثلاثة أنا وجبريل ومعاوية) (وصيي وموضع سري وخليفتي في أهلي وخير من أخلف بعدي علي) (ما في الجنة شجرة إلا مكتوب على كل ورقة منها لا إله إلا الله محمد رسول الله أبو بكر الصديق وعمر الفاروق وعثمان ذو النورين)
Wednesday, October 8, 2014
SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN MENDUSTAKAN RASULULLAH S.A.W
Posted on 05:59 by Unknown
| No comments
Golongan pertama:
Para pereka
hadis palsu. Mereka ialah orang yang bertanggungjawab mencipta sesuatu riwayat
palsu sama ada berupa ucapan (qauli), perbuatan(fi’li) mahupun pengiktirafan
atau persetujuan (taqriri) ke atas sesuatu perkara lalu menyandarkannya kepada
Rasulullah s.a.w. Padahal hakikatnya baginda tidak terkait sedikit pun
dengannya.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HADITH MAUDHU' DAN HUKUM MERIWAYATKANNYA?
Posted on 05:54 by Unknown
| No comments
Definisi Hadith Maudhu'
Hadith Maudhu`
bermaksud hadith palsu atau yang didustakan kepada Rasulullah s.a.w. baik
mengenai ucapannya, perbuatannya mahupun perakuannya. Hadith dikenal sebagai
Maudhu` kerana pengakuan pembuatnya sendiri ataupun kerana orang yang berkenaan
sangat terkenal dustanya dan ianya pembuat Hadith palsu. Terdapat juga
kata-kata hikmah daripada para sahabat, tabiin atau ulama yang disalah anggap
sebagai hadis. Kesemua ini dikatakan sebagai hadis maudhu’ atau hadis palsu.(1)
Subscribe to:
Posts (Atom)